Mengapa Memilih Wahed?
Wahed Investment merupakan pelaburan beretika untuk semua serta dibuktikan efisien dan juga mudah untuk diakses. Tiada tempoh minimum ditetapkan kepada pelabur. Pelabur boleh membuat pengeluaran dan deposit pada bila-bila masa. Yuran yang dikenakan adalah sangat rendah. Teknologi proprietari Wahed Invest membolehkan yuran yang dikenakan lebih rendah berbanding purata industri. Akaun minimum yang dikenakan adalah RM100 sahaja bagi setiap deposit. Anda juga boleh membuka akaun dalam beberapa minit dan pantau prestasi pada bila-bila masa dengan mana-mana peranti. Sasaran Wahed adalah untuk menyediakan produk pelaburan yang boleh dipercayai, telus dan yang paling penting, mudah diakses. Portfolio yang dirancang khas untuk membantu anda mula melabur, tanpa mengambil kira saiz akaun anda. Melabur selari dengan prinsip Syariah. Panel Penasihat Syariah Wahed memastikan bahawa semua pulangan adalah halal.
Comments
Post a Comment